Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
200 penyokong pro-M berpesta di UM
Diterbitkan:  Feb 21, 2011 8:40 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Selepas kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa diumumkan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Ghauth Jasmon, kira-kira 200 penyokong kumpulan itu berhimpun di luar Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) untuk meraikan kemenangan mereka.

Kumpulan pro-M itu berhimpun sambil mengucapkan syukur kepada Allah yang disifatkan memberi "kemenangan kepada pihak yang benar dan mengalahkan pihak yang batil".

Ia di ketuai oleh seorang aktivis kumpulan itu Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.

Ucapan beliau kemudiannya diselangi dengan takbir.

Dalam pilihan raya kali ini, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Ia terdiri daripada sembilan kerusi umum dan 14 kerusi fakulti.

Manakala Penggerak Mahasiswa menang 16 kerusi fakulti dan bebas menang dua kerusi.

Selepas itu Pengerusi Pro-M Farid Jalpah mengarahkan agar penyokong pro-M bergerak mengiringi calon ke Dewan Tunku Canselor (DTC) untuk meraikan kemenangan.

Walaupun tewas, kumpulan lawan mereka Penggerak Mahasiswa (dahulu dikenali Pro-Aspirasi) dilihat menunjukkan kematangannya dengan menenangkan kira-kira 100 penyokongnya yang turut berkumpul.

 

Pengerusi PENGGERAK, Mohd Asri Zulkifli berucap meminta penyokongnya menerima kekalahan tersebut dan terus berusaha dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mengingatkan agar calon PENGGERAK yang menang dapat memberi kerjasama dalam kabinet yang akan dibentuk kelak oleh pasukan pro-M.

Ucapan beliau itu diselangi dengan ucapan "Hidup Mahasiswa" dan " Hidup Gerak" beberapa kali.

Sementera itu, kira-kira 100 penyokong Penggerak Mahasiswa yang turut berada di luar perkarangan itu.

ADS