Zahid: GST kembali jika BN terajui Putrajaya
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berikrar mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika gabungan itu kembali menerajui kerajaan persekutuan.
"Saya berazam sama rakan-rakan dalam BN, kalau kita ke Putrajaya semula, kita terus kembalikan GST semula dalam sistem ekonomi negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan perdana menteri itu turut menggesa MCA supaya lantang memperjuangkan pelaksanaan semula cukai berkenaan.
Menurut Zahid, Malaysia ketinggalan kerana masih menggunakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sedangkan negara lain melaksanakan GST.
"Saya amat bersetuju. GST mesti dikembalikan. Ini bukan soal kononnya SST lebih adil, lebih terfokus.
"GST dilaksanakan oleh lebih 170 negara. Hanya kita negara yang tertinggal, laksanakan SST. Kita menoleh semula ke belakang. Bossku telah melakukan yang terbaik dahulu," katanya, merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang menerajui kerajaan ketika GST diperkenalkan.
Untuk konteks, GST tergolong dalam sistem cukai nilai ditambah (VAT). Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) merekodkan 175 negara dan wilayah melaksanakan VAT setakat 1 Julai 2024.
Laporan itu turut menyatakan Amerika Syarikat tidak mengenakan VAT, sebaliknya menggunakan cukai jualan pada peringkat negeri dan tempatan.
[Berita penuh menyusul]
Umno perintah GST kembali. Segalanya krna cukai 6% . Kain kapan , gali kubur pun kena GST… hahaha
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/zahidspeechatMCA2026112202_318738.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.