Ismail Lasim terima rawatan di hospital
Diterbitkan: Nov 22, 2026 5:02 PM
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di Seremban
Perkara itu disahkan anak beliau Naim Ismail, ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau Mohd Fasha Musthafa memaklumkan keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, dilaporkan semakin pulih.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai serta meminta semua pihak mendoakan supaya Ismail segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/attachments/orphans/PentadbiranUndangLuakRembau1_340957.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.