Rohingya ke Turkiye: Apa jadi Zahid padam hantaran?
Putrajaya digesa menjelaskan sama ada Turkiye sudah bersetuju menerima 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia selepas hantaran Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan cadangan itu dipadam daripada Facebook tanpa penjelasan.
Pakar migrasi Mahi Ramakrishnan menggesa kerajaan mendedahkan terma sebarang perjanjian serta menjelaskan status undang-undang dan perlindungan yang bakal diterima pelarian itu di Turkiye.
“Kerajaan Malaysia bertanggungjawab memberikan penjelasan penuh kepada orang ramai dan, lebih penting lagi, pelarian Rohingya yang terbabit,” kata bekas wartawan yang kini menjadi pembikin dokumentari itu kepada Malaysiakini.
“Jadi, apa sebenarnya yang diperoleh Malaysia? Adakah terdapat perjanjian rasmi antara kedua-dua kerajaan, persefahaman awal, atau ini sekadar cadangan yang belum dimuktamadkan?” soalnya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/6f3171afef02049a71b2c7f193566818.jpg)
Mahi berkata penjelasan itu lebih mendesak memandangkan pengumuman berkenaan dibuat sehari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar melakukan genosid terhadap Rohingya di utara negeri Rakhine ketika operasi ketenteraannya pada 2017.
“Jika pengumuman itu dibuat terlalu awal, kerajaan perlu menyatakannya. Jika ada perjanjian, siarkan termanya dan jelaskan langkah perlindungannya,” tegasnya.
Dalam hantaran pada 20 Nov, Zahid berkata kabinet meluluskan cadangan untuk menempatkan semula 10,000 pelarian Rohingya di Turkiye menerusi program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan.
Zahid, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet yang menyelia isu pekerja migran dan pelarian, turut berkata Turkiye bersetuju menerima mereka.
Reuters melaporkan agensi itu tidak dapat menghubungi pejabat Zahid untuk mendapatkan ulasan.
AFP pula melaporkan beberapa media Malaysia nampaknya turut menurunkan laporan awal masing-masing.
Kementerian Luar Turkiye berkata semalam pihaknya mengambil maklum pemadaman hantaran itu.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/56434345_298134.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.