Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penyertaan ahli parlimen Nibong, Tebal Tan Tee Beng ke dalam parti itu.

NONE Bercakap dalam satu akhbar bersama Tan di Petaling Jaya hari ini, Zaid berkata, KITA membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk berbuat demikian.

Manakala Tan pula, ketika menjawab soalan media, berkata bbeliau menyertai KITA kerana beliau percaya parti itu benar-benar mahu membawa perubahan.

 Menjawab soalan wartawan sama ada beliau masih boleh dipercayai selepas berulangkali melompat parti - pertamanya meninggalkan Gerakan untuk sertai PKR dan sekarang menyertai parti KITA - Tan menafikan dia seorang pelompat parti.

"Saya tidak lompat, saya dipecat oleh Gerakan, bersama-sama dengan ayah saya yang juga merupakan ahli pengasas (dari Gerakan).

"Apabila saya dipecat, saya tidak menyertai mana-mana pihak sehingga 2007. Hanya ketika itu saya menyertai PKR," katanya.

Tan juga mengingatkan wartawan bahawa beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan PKR.

"Saya menarik diri dari PKR, saya tidak melompat!" tegas Tan.

Zaid kemudian mencelah, bahawa beliau juga pernah dituduh sebagai katak, tetapi beliau tidak melompat parti, sebaliknya dipecat oleh Umno kerana membantah penggunaan ISA terhadap rakyat.

[Baca berita penuh]

 

ADS