Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lima pelajar UPM akan diambil keterangan
Diterbitkan:  Feb 24, 2011 7:10 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Polis telah mengenal pasti lima pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terbabit dalam mencetuskan kekecohan di bangunan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di Serdang semalam.

    

Mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias.

    

upm scuffle 230211 Beliau berkata pihak pentadbiran dan pengawal keselamatan universiti telah membuat dua laporan polis.

    

"Polis akan menyiasat insiden semalam di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengadakan rusuhan," katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Razak turut meminta pihak luar supaya tidak memanipulasi perkara tersebut dan berharap pihak universiti dan mahasiswa dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.

    

Dalam kejadian itu, sekumpulan 200 pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam bagi memprotes tindakan HEP UPM yang telah menarik balik kemenangan 11 calon Pro-M dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan.

    

NONE Pembatalan itu menyebabkan pelajar kumpulan Pro-M berhimpunan di hadapan bangunan pendtadbiran UPM bagi meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan sebab pembatalan tersebut.

    

Pintu kaca ke bangunan HEP dilaporkan pecah sementara lima pengawal keselamatan cedera dalam kejadian itu.

    

- Bernama

ADS