Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petanda pilihan raya umum tahun depan?
Diterbitkan:  Feb 27, 2011 6:22 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula melawat ke semua negeri bermula bulan depan.

"Ini boleh dikirakan sebagai program lawatan ke negeri-negeri, dan bulan Mac ini sebenarnya saya akan mula di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

Ditanya lawatannya itu petanda akan berlangsung pilihan raya umum pada tahun depan, Najib berkata “Semua (nak) berkait dengan pilihan raya sahaja? Pilihan raya boleh adakan bila-bila masa”.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan sesi lawatan ke setiap negeri bermula Selasa ini, 1 Mac bagi mendekati rakyat yang dijangka berakhir September ini.

Najib berkata: "Memang saya dah janji dalam Perhimpunan Agung (Umno) yang lalu, malah peringkat awal pun saya dah mula dah pergi banyak tempat."

 - Bernama

ADS