Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN menang besar di Merlimau, Kerdau
Diterbitkan:  Mar 6, 2011 8:15 AM
Dikemaskini: 1:39 PM

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.

Roslan Ahmad victory merlimau Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau , BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi telahpun kembali kepada BN di Kerdau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau berkata, walaupun cemerlang, tetapi ia adalah satu pilihan raya kecil, dan tidak menggambarkan senario nasional.

Bagaimanapun, katanya, BN akan mengambil iktibar daripadanya untuk mengukuhkan usahanya, supaya apabila tiba pilihan raya umum nanti, mesej yang dibawa di situ, dapat difaham di seluruh negara.

Sementara itu, pilihan raya kecil DUN Kerdau turut mencatatkan 83 peratus atau 7,480 orang  pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah menjangkakan jumlah itu berdasarkan pencapaian pada pilihan raya umum 2008 lalu iaitu 80.3 peratus.

Menurutnya lagi, proses pengundian sejak pukul 8 pagi hingga 5 petang juga berjalan lancar walaupun terdapat beberapa insiden provokasi antara penyokong parti bertanding iaitu PAS dan BN.

"Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau tadi, keadaannya memang tegang dan panas tetapi pihak polis bertindak pantas mengawal keadaan supaya tidak berlarutan menjadi perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh

KERDAU

8pm Proses penjumlahan tamat. Keputusan bagi semua saluran diterima.

7.58pm (Tidak rasmi)

BN: 5,060

PAS: 2,336

Majoriti: 2,724

7.46pm: Calon PAS kini keluar menonton skrin besar di depan markaz induk parti itu. Beliau kelihatan tenang dan berborak dengan penyokong parti itu seperti biasa.

7.43pm (Tidak rasmi)

BN: 4,793

PAS: 2,204

Majoriti: 2,589

7:39pm (Tidak rasmi)

BN: 4,486

PAS: 2,161

Majoriti: 2,325

7:36pm Sebanyak 17 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan. Baki sebanyak enam peti lagi masih belum diterima.

7.31pm Calon PAS akan mengadakan sidang media di markaz induk parti itu di kawasan Kerdau pada jam 8 malam.

Calonnya Hassanuddin Salim sudahpun berada di lokasi sidang media tapi masih belum keluar untuk menemui penyokong.

7.30pm (Tidak rasmi)

BN: 4,074

PAS: 2,002

Majoriti: 2,072

7:27pm (SPR)

BN: 3,334

PAS: 1,453

Majoriti: 1,881

7.15pm (Tidak rasmi)

BN: 3,777

PAS: 1,776

Majoriti: 2,001

7.12pm (Tidak rasmi)

BN: 3533

PAS: 1643

Majoriti: 1890

7.02p m : 5 Peti undi telah diterima, 18 lagi masih belum diterima

6.35pm : Dua lagi peti undi tiba di pusat penjumlahan. Baki 19 peti undi masih belum tiba.

6.34pm

(Tidak rasmi)

BN: 2,021

PAS: 956

Majoriti: 1,065

6.17pm (Tidak rasmi)

BN: 1,385

PAS: 764

Majoriti: 621

6.17pm (Tidak rasmi)

BN: 731

PAS: 513

Majoriti: 218

6.06pm (Tidak rasmi)

BN: 191

PAS: 114

Majoriti: 77

ADS