Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video seks: Editor, wartawan beri keterangan
Diterbitkan:  Mar 24, 2011 10:31 AM
Dikemaskini: 2:35 AM

Sekurang-kurangnya tiga editor kanan dan beberapa wartawan dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan berhubung tayangan video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis juga melawat pejabat Malaysiakini pagi semalam bagi mencari wartawan, Hazlan Zakaria yang dijemput menyaksikan tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Isnin lalu.

Bagaimanapun, oleh kerana wartawan berkenaan tidak berada di pejabat kerana tugasan, pegawai penyiasat kes tersebut menghubunginya melalui SMS bagi menetapkan temujanji.

“Salam En Hazlan, saya ASP Sabri daripada IPD Dang Wangi - boleh telefon saya nanti untuk  buat temujanji sebab saya hendak ambil statement berhubung tayangan video di Carcosa Seri Negara. Terima kasih,” kata pegawai itu menerusi SMS.

Temu janji kemudiannya ditetapkan pada jam 11 pagi ini.

Sebelum itu, lewat petang semalam, Bernama melaporkan beberapa editor dan wartawan kanan daripada The Malay Mail , New Straits Times and the Star telah memberikan kenyataan mereka di balai polis di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, beberapa wartawan dan editor kanan dijemput ke hotel mewah, Carcosa Seri Negara dan disajikan dengan tayangan pasangan mengadakan hubungan seks.

Pelbagai pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip dengan Anwar.

Bagaiamanapun permimpin PKR, termasuk Anwar sendiri menafikan tuduhan berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS