Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendesak pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletak jawatan berhubung isu tayangan video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Desakan itu dibuat oleh ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin yang berhimpun bersama kira-kira 20 anggota AMK di pejabat Risda di Jalan Ampang petang ini.

Ini kerana Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka itu bersalah terlibat dalam jenayah mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan bahan berunsur lucah.

Shamsul menyifatkannya sebagai satu fitnah jahat, satu pengkhianatan terhadap politik Malaysia kerana menggunakan cara 'membalas dendam".

Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, kalau dahulu Rahim meletakkan jawatan kerana menjadi liabiliti kepada parti, dan sekarang Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka itu menjadi liabiliti kepada negara kerana melakukan jenayah dan mengaku mendedahkan pelakuan lucah.

Menurutnya lagi, pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini berhubung pengakuan Rahim yang menjemput ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan didakwa cuba menawar sejumlah wang untuk melompat parti.

Shamsul kemudiannya bersama tiga pemimpin AMK cuba untuk bertemu dengan pihak pengurusan Risda untuk menyatakan pendirian mereka dan menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum mendesak Rahim melepaskan jawatan.

NONE Sehubungan, itu, katanya, beliau akan menyampaikan memorandum tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap Risda.

Shamsul serta penyokongnya kemudiannya beredar dari situ sambil melaungkan beberapa kali "undur Rahim, "siasat Rahim" dan "komplot Jahat" beberapa kali.

Kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan di situ dan membuat membuat halangan jalan menuju ke pejabat Risda.

Tiada tangkapan atau kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum itu, sebelum bergerak ke pejabat Risda di Ampang, kira-kira 40 anggota AMK berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur selepas solat Jumaat bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis.

NONE Perhimpunan di Masjid Jamek itu diketuai oleh Shamsul. Turut hadir beberapa pimpinan AMK antaranya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ketua AMK Batu Rozan Asep Mat Rasip.

Dalam ucapannya, Shamsul berkata pihaknya berhimpun untuk menyatakan pendirian mereka membabitkan kes terbaru itu yang disifatkannya sebagai "fitnah ketiga".

"Ia dirancang untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan, kerana beliau membawa agenda reformasi," katanya.

Beliau juga menggesa semua pihak menyatakan pendirian mereka berhubung isu terbaru yang dikaitkan dengan Anwar itu.

Shamsul juga berkata semua pihak hendaklah menolak pemimpin yang didakwa menggunakan cara yang "jijik" untuk menjatuhkan pemimpin mereka.

"Ini bukan cara yang mengikut undang-undang. Kita akan terus lawan untuk memberi kesederan dan memberi maklumat kepada rakyat," katanya.

NONE Sementara itu di Melaka, kira-kira 100 anggota kumpulan NGO yang menamakan diri mereka sebagai Kumpulan Gerakan Rakyat Prihatin, berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Al Azim selepas solat Jumaat, mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat kes video seks tersebut.

Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit, bersama beberapa sepanduk mendesak kerajaan berbuat demikian.

NONE Ketua kumpulan tersebut, Shaari Abu berkata, tindakan itu dibuat supaya kerajaan mendengar rayuan mereka berhubung isu yang telah menimbulkan tandatanya di kalangan masyarakat.

"Baru-baru ini rakyat terkejut dengan penampilan tiga individu yang mendedahkan perkara ini, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

"Kami bukan menuduh perkara ini, namun, jika benarkan pemimpin yang dikaitkan terbabit, maka kami mendesak beliau meletak jawatan," katanya.

azlan Shaari berkata, bukan sahaja kalangan pemimpin pembangkang, malah mana-mana pemimpin yang berkaitan juga, turut tidak terkecuali.

"Sekiranya mana-mana pemimpin sekalipun yang terlibat dalam apa-apa kes yang boleh mengaibkan negara dan sehingga mengkucar-kacirkan

keharmornian negara, mesti meletak jawatan.

"Justeru, kami NGO berharap sangat agar suara kami didengar, kita tidak menuduh individu tersebut cuma kita mencari keadilan dan kebenaran," katanya.

Semalam, pemimpin PKR di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung penayangan video tersebut.

NONE Di Kuala Lumpur, ahli parlimen Kelana Jaya Gwo Burne membuat laporan ke atas Datuk T kerana mengedarkan bahan lucah dan melakukan

ugutan jenayah.

Beliau diiringi oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Datuk T adalah nama samaran bagi tiga tokoh - Rahim Chik, Eskay dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Di Alor Setar, kira-kira 30 ahli PKR Kedah mengadakan perhimpunan di luar balai polis Alor Setar semalam bagi mendesak kumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' ditangkap.

Perhimpunan aman selama 10 minit ini diketuai oleh ahli jawatankuasa pusat PKR, Gooi Hsiao Leung, yang juga membuat laporan polis selepas perhimpunan itu.

NONE Polis diminta menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menayang bahan lucah kepada awam serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam Rahim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dipanggil memberi keterangan di ibupejabat Bukit Aman  berhubung video tersebut

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rahim berkata beliau telah menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Katanya, beliau telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

ADS