Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta.

NONE Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya.

Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Walaupun telah meletak jawatan, Arman, 35, menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA.

Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

"Saya tidak ada dendam atau apa-apa kekesalan terhadap mana-mana pemimpin PERKASA.

"Saya amat menghormati Datuk Ibrahim Ali yang saya anggap sebagai bapa saya sendiri," katanya.

azlan Arman yang juga ketua penerangan pemuda Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, beliau telah berkira-kira untuk meletak jawatan sejak lebih dua bulan lalu.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak demikian kerana tidak menerima projek daripada PERKASA.

"Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah.

"Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan," kata  Arman lagi sidang media di sebuah restoran di ibu negara petang ini.

Ditanya lanjut, Arman berkata beliau menyerahkan kepada anggota jawatankuasanya sama ada akan turut meletak jawatan.

ADS