Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: DUN Selangor tidak akan bubar tahun ini
Diterbitkan:  Apr 1, 2011 10:03 PM
Dikemaskini: 2:07 PM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

NONE "Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Abdul Khalid berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya Kerajaan Persekutuan kerana di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," katanya.

Ditanya sama ada negeri lain di bawah Pakatan Rakyat akan berbuat begitu, katanya beliau akan melihat tindakan mereka.

- Bernama

ADS