Diugut lepas tentang derma bantu Najib, keberanian mahasiswa UM dipertahankan di Parlimen
PARLIMEN l Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat memuji mahasiswa Universiti Malaya, Ummi Umairah Bakhit kerana berani bersuara menentang kempen kutipan derma bagi membantu bekas perdana menteri, Najib Razak membayar denda yang dikenakan oleh mahkamah.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat petang ini, Suhaizan menyifatkan kecekalannya sebagai bukti bahawa anak muda Malaysia mempunyai keberanian untuk mempersoalkan perkara yang memerlukan penelitian.
“Inilah lambang kebebasan bersuara yang sepatutnya subur di bawah kerajaan Madani,” katanya.
/file/attachments/orphans/43534534535_694859.png)
Ummi Umairah, mahasiswa sarjana muda ekonomi berusia 23 tahun, membangkitkan isu tersebut minggu lalu dalam satu sesi dialog anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi yang menampilkan bekas menteri Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.
Dia mempersoalkan bagaimana bakal pemimpin sepatutnya menentang rasuah dan feudalisme, sambil membidas sumbangan kepada kempen derma bagi membantu Najib membayar denda RM50 juta sebagai "perkara paling bodoh yang pernah saya lihat sepanjang hidup saya".
Kenyataannya kemudian menjadi tular, dan dia memaklumkan bahawa dia berdepan ugutan serta gangguan susulan kritikan tersebut.
/file/attachments/orphans/kpt-02_305606.jpg)
Semalam, dia mempertahankan pendiriannya dan menegaskan tidak akan memohon maaf.
"Menderma wang hasil titik peluh kepada golongan elit memang perkara paling bodoh dan paling tidak bermoral dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Beberapa pemimpin PH menyuarakan sokongan kepada Ummi Umairah, termasuk menteri komunikasi merangkap ketua penerangan PKR Fahmi Fadzil yang mengecam ugutan dan gangguan terhadap mahasiswa itu.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim turut mempertahankan kritikan berkenaan dan menyifatkannya sebagai "pandangan yang adil".
Selain itu, sekumpulan 13 anggota DAP termasuk timbalan ketua Pemuda Selangor Nur Rahim Nasir menggesa kerajaan dan pihak pentadbiran UM agar tidak mengenakan tindakan disiplin terhadap Ummi Umairah kerana menyuarakan pandangan politiknya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/521234123123_162664.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.