Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan tak yakin BN boleh dapat undi Cina semula

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Sebaliknya  Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

NONE Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan ‘kemudahan kelas pertama’.

"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.”

Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar,” katanya.

Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula.

"Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja.”

[Baca berita penuh]

ADS