Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA janji tinggalkan kabinet jika gagal lagi
Diterbitkan:  Apr 30, 2011 4:03 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Sekiranya MCA terus hilang sokongan seperti dalam pilihan raya umum 2008, parti itu dengan rela hati akan keluar daripada kabinet dan pemimpinya tidak akan memegang sebarang jawatan di negeri mahupun pusat.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Ayer Keroh, Melaka semalam, lapor MCA Online .

Chua menegaskan, sekiranya masih gagal mendapatkan sokongan pengundi, terutamanya daripada msyarakat Cina, atas semangat demokrasi, MCA tidak akan lagi menjadi rakan dalam kerajaan.

Menurut Chua, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keputusan pilihan raya 2008 sebagai penanda atas yang memberikan 15 kerusi parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada mereka.

"Kita tidak mahu salah faham bahawa kita cuma berjuang untuk mempunyai wakil dalam kerajaan, tetapi sebaliknya mahu jujur berkhidmat kepada rakyat.

"Bagaimanapun, kita mesti sedar, kadangkala kita tidak dapat memuatkan kehendak masyarakat Cina 100 peratus," katanya.

ADS