Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Prinsip PAS terhakis dalam Pakatan
Diterbitkan:  May 1, 2011 1:51 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE Timbalan Presiden Umno itu berkata berlainan dengan PKR dan PAS, Umno tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.

"Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik," katanya.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di Muar, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata lebih lama PAS berada di dalam Pakatan Rakyat, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.  

--Bernama

ADS