Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Obama tak setuju gambar kematian Osama disiar
Diterbitkan:  May 5, 2011 9:59 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menentang penyiaran gambar kematian Osama bin Laden ketika wujud kebimbangan bahawa imej yang mengerikan boleh mencetuskan rasa marah, walaupun ia boleh menjadi bukti nyata kematian pemimpin al-Qaeda itu.

NONE Obama menyatakan keputusannya itu dalam temuramah ketika program "60 Minutes" terbitan televisyen CBS, sehari selepas Pengarah CIA, Leon Panetta berkata, gambar Osama akan disiarkan kepada tatapan umum.

Presiden Amerika Syarikat itu membuat keputusan demikian terhadap langkah untuk menyiarkan gambar Osama kepada umum selepas perdebatan hangat dalam kerajaan berkaitan kesan yang mungkin timbul sekiranya disiarkan.

osama bin laden dead hide out in pakistan 1 Sejak berita kematian Osama tersebar, pentadbiran kerajaan Obama berusaha untuk mengimbangi di antara sambutan meraikan kejayaan mereka tanpa menyentuh sensitiviti dunia Islam.Gambar tunjuk mayat 3 lelaki tanpa senjata di laman rumah Osama

Sementara itu di Islamabad, gambar yang diperoleh Reuters dan diambil sejam selepas serangan komando Amerika ke atas kediaman Osama di Abbottabad menunjukkan mayat tiga lelaki di laman tetapi tiada sebarang senjata di sisi mereka.

osama bin laden dead protest 1 Gambar yang diambil seorang pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki laman rumah itu selepas serangan pada pagi Isnin lalu, menunjukkan mayat dua lelaki yang berpakaian tradisi Pakistan manakala seorang lagi berbaju T dengan darah mengalir keluar dari telinga, hidung dan mulut.

Menurut laporan Reuters itu, tiada seorang pun yang kelihatan seperti Osama.

Obama memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat Osama kerana bimbang ia akan menggalakkan keganasan dan digunakan sebagai propaganda al-Qaeda.

- Agensi

ADS