Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih membisu mengenai tarikh pembubaran Dewan Rakyat, sumber BN mendakwa komponen parti-partinya telah sibuk mengatur strategi bagi menghdapi pilihan raya umum akan datang.

NONE Pakatan Rakyat, juga mendakwa mereka telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum jika ia diadakan tahun ini.

Bagi penganalisis politik Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, tidak banyak kelebihan ataupun manfaat kepada BN jika Najib membubarkan parlimen tahun ini.

“Situasi kali ini hampir menyerupai apa yang berlaku pada tahun 2008, isu utama adalah mengenai ‘periuk nasi’ rakyat dan mungkin juga hubungan antara kaum.

“Perbezaan sekarang cumanya ada persepsi bahawa pengundi Melayu dan India telah kembali kepada BN. Selain itu, tidak banyak kelebihan kepada BN,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Umno semakin kukuh

Meskipun MIC dilihat mempunyai kelebihan berikutan pengunduran bekas presiden paling lama parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu, Tunku Mohar percaya satu-satu parti yang bertambah kukuh adalah hanya Umno.

NONE Oleh demikian, Umno akan menang besar pada pilihan raya umum kali ini tetapi rakan-rakan komponennya, khususnya MCA dan Gerakan terus lesu dan tidak mampu bangkit semula setelah ditumbangkan pada pilihan raya 2008.

“Tetapi kekuatan Umno akan dapat membantu MCA dan Gerakan di kerusi yang mempunyai pengundi Melayu yang besar,” katanya.

Pengulas politik dan ketua eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor Tang Ah Chai berkongsi pendapat dengan Tunku Mohar.

Katanya, Umno sejak akhir-akhir ini secara konsisten berjaya menjadi ofensif berbanding Pakatan.

azlan “Mereka menggunakan NGO atau juga kerajaan - dari 1Malaysia kepada ketuanan Melayu kepada 1Melayu 1Bumi, dan juga kontroversi yang menyelubungi Persatuan Penjaja Komtar Pulau Pinang serta dakwaan-dakwan yang lemparkan ke atas (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim - bagi menguji sokongan daripada kumpulan berbeza,” katanya.

Sentimen ultra Melayu

Tunku Mohar berkata bagi pengundi Cina yang sebahagaian besar mereka menolak BN pada 2008 dan juga pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, sentimen ultra Melayu yang dimainkan Umno bagi memikat undi Melayu amat tidak disukai.

“Ini tidak bagus untuk BN ataupun untuk politik Malaysia kerana ia akan menyebabkan politik itu menjadi isu perkauman. Malah, ia juga bermakna MCA tidak lagi dapat mempertahankan alasan kedudukannya sebagai rakan kongsi kanan dalam BN,” katanya.

Lemparan bertubi-tubi dakwaan ke atas Anwar juga boleh menyaksikan undi bertambah mahu berkurangan kepada Umno, kata ketua jabatan sains politik UIAM itu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02 “(Dakwaan berkenaan) belum lagi memberi kelebihan kepada BN dan mungkin ada juga pukulannya, terutama (kontroversi) video seks kerana sehingga sekarang, masih tidak ada bukti kukuh. Jika terbukti Anwar adalah pelakunya, maka kami jangkakan undi Melayu akan berpihak kepada BN,” katanya.

Di bahagian Pakatan Rakyat, Tang berkata parti yang akan bertambah kuat jika pilihan raya umum mengejut diadakan adalah DAP yang telah menyaksikan prestasi cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

ADS