Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan: Kontroversi 'negara Kristian' tak patut berlaku

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengakui bahawa kontroversi yang timbul berhubung isu negara Kristian tidak sepatutnya berlaku.

NONE Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau turut menekankan kepentingan untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga.

Bagaimanapun, beliau mengelak daripada menyalahkan Utusan Malaysia kerana membangkitkan ketegangan agama berhubung isu berkenaan.

Katanya, isu berkenaan merupakan salah satu daripada cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dibanggai oleh seluruh warganya.

 

Sabtu lalu, Utusan dalam laporannya memetik dua tulisan laman blog yang mendakwa pemimpin Kristian berbincang untuk membentuk negara Kristian dalam satu pertemuan di Pulau Pinang.

Laporan berkenaan menimbulkan bantahan daripada kumpulan Islam dan juga kumpulan Kristian, sehingga ada pihak yang mendakwa ajaran Kristian sebagai ancaman kepada Islam di Malaysia.

utusan malaysia, malaysia negara kristian Pemimpin Kristian telah menafikan dakwaan berkenaan dan menuduh Utusan menyebar "fitnah berbahaya."

Bagaimanapun, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pantas menggesa semua pihak bertenang dan memeriksa fakta isu berkenaan sebelum situasi bertambah buruk.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut menyuarakan pandangan sama dan berkata beliau juga tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar.

“Kita mesti faham... Saya tidak tahu dari mana Utusan dapat laporan itu, jadi saya tidak boleh komen banyak mengenai itu.

"Apa yang saya boleh kata ialah bertenang...," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

[Baca laporan penuh]

ADS