Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peniaga diingatkan tak naikkan harga makanan
Diterbitkan:  May 10, 2011 3:06 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan.

azlan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di Kuala Lumpur hari ini.

Mahani berkata kementerian juga akan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.

Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula. Sungguhpun demikian, harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

- Bernama

ADS