Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM: Hisham mesti paksa Utusan tarik balik laporan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Kementerian Dalam Negeri memaksa Utusan Malaysia menarik balik laporan mengenai dakwaan konspirasi DAP-Kristian serta membuat permohonan maaf.

NONE Lim berkata, mesyuarat mingguan exco negeri hari ini memutuskan untuk menghantar aduan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menggesanya memulakan tindakan tegas terhadap akhbar milik Umno itu berhubung laporan muka depan tersebut pada 7 Mei lalu.

Surat tersebut telah difaks kepada Hishammuddin di Putrajaya hari ini.

Menurut Lim, laporan kontroversi itu telah terbukti palsu ekoran pengakuan dua ADUN Umno Pulau Pinang yang mereka tidak percaya ianya benar.

Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad - memberitahu demikian di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, walaupun mengakui Umno mempunyai pegangan besar dalam akhbar tersebut.

utusan malaysia, malaysia negara kristian “Mereka berdua merupakan dua pemimpin Umno yang pertama menyatakan mereka tidak percaya kebenaran laporan tersebut, dan bahawa ia adalah berita palsu,” Lim berkata pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS