Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua buku pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaq diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia mempunyai “tuduhan melamapau” yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

NONE Dalam hujahnya berhubung saman pelukis kartun itu yang popular dengan nama Zunar terhadap KDN, peguam persekutuan Noor Hisham Ismail berkata buku-buku tersebut juga dilihat sebagai “penghinaan ekstrim terhadap pemimpin negara”.

"Kesimpulan yang dibuat menteri (dalam negeri) ialah kandungan kartun itu membawa tuduhan melampau dan penghinaan ekstrim terhadap pemimpin negara termasuk sistem kehakiman.

"Buku-buku itu tidak boleh menyebabkan huru-hara awam tetapi mempunyai potensi bahawa mereka yang membacanya boleh dipengaruhi.”

Katanya, menteri berpuas hati bahawa buku itu mempunyai “kecenderungan untuk mempengaruhi rakyat membenci” pemimpin negara, sistem perundangan dan pegawai penguatkuasa.

azlan Noor Hisham mewakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya, Datuk Abu Seman Yusuf yang dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman berhubung pengharaman buku '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.

Permohonan difailkan pada 26 Julai tahun lalu oleh Zunar dan penerbitnya, Mkini Dot Com Sdn Bhd dan Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Kedua-dua buku berkenaan diharamkan pada November 2009.

[Baca berita penuh]

ADS