Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Serangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku berjudul ‘Tuhan, Politik dan Seks’ pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

NONE Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label “18SX”.

Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual.

Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita.

NONE Buku ini juga banyak memaparkan gambar dengan keterangan yang jelas juga mempersendakan ketua umum PKR itu.

Antaranya gambar Anwar dan Azizah dengan keterangan: “Anwar Ibrahim tersenggih setelah melarikan Azizah dan menikah di Siam. Bagaimanapun ibu Anwar, Hajah Che Yang mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka di rumah mereka di Cerun Tok Kun, Bukit Mertajam.”

Jantan mahu, perempuan pun mahu...

Satu lagi berbunyi: “Jantan mahu, perempuan pun mahu salam juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual? Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM”.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Antara petikan yang dilihat mempermainkan menteri besar Kelantan itu berbunyi: “Siapa kata saya nyanyuk? Kalau saya nyanyuk tentu PAS tidak pilih saya kekal di kerusi Mursyidul Am PAS untuk satu penggal lagi.”

Skandal presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku bahawa beliau lelaki yang terbabit dalam DVD seks juga disebut dalam buku itu.

syed hussein al atas interview 131107 smile Malah Syed Hussein memuji Chua sebagai pemimpin sebenar.

“Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh luar biasa keberanian Chua tetapi dia tak buat kerja luar tabie,” tulisnya.

Syed Hussein, 74, juga dikenali sebagai Pak Habib, adalah seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku.

Namun tidak kurang juga pengkritik yang menganggap beliau tidak layak digelar penulis politik dan melabelkan tulisan picisannya itu lebih sebagai seorang penulis upahan.

[Baca berita penuh]

ADS