Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Konspirasi Kristian': KDN hanya tegur Utusan
Diterbitkan:  May 12, 2011 6:14 PM
Dikemaskini: May 13, 2011 1:36 AM

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno hanya dikenakan surat teguran berhubung laporan muka hadapannya 'Kristian agama rasmi?' pada Sabtu lalu yang "didapati menggemparkan fikiran orang ramai."

Satu kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia , Datuk Aziz Ishak.

utusan malaysia kritsian agama rasmi Teguran berkenaan adalah berhubung laporan muka hadapannya itu dan juga satu lagi laporan yang disiarkan di halaman 5 pada hari tersebut.

Laporan berkenaan – memetik tulisan di blog – mencetuskan kontroversi apabila mendakwa sekumpulan pemimpin Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.

"Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan tersebut.

Tiada tindakan lanjut

"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984," menurut kenyataan itu lagi.

perkasa police report pastor meeting christian state Surat teguran KDN lazimnya bermakna  tidak ada sebarang tindakan lain akan diambil terhadap Utusan meskipun laporan itu disifatkan sebagai fitnah yang boleh menggugat perpaduan kaum dan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein sebelum ini menjanjikan tindakan tegas terhadap pihak yang membakar api perkauman dengan memainkan isu-isu sensitif.

Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dari kalangan penganut agama itu.

perkasa police report, melaka on pastors meeting Tindakan Utusan menyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya atau pun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak Gereja didakwa pelbagai pihak jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.

Mereka termasuk Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hatta Wahari berkata laporan fitnah Utusan itu cukup untuk menahan pengarang akhbar berkenaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.  

 

ADS