Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk bawa ular sawa jumpa MB Perak
Diterbitkan:  May 20, 2011 9:54 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI di Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurut TV Selangor , tindakan itu bagi menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampungan setinggan itu.

“Kita bawa ular sawa supaya menteri besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S Subramaniam.

squaters in perak took ular sawa to meet  MB Zambry Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat menteri besar semalam.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu diambil oleh sepasukan anggota bomba.

Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan.

Mereka juga mendakwa seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.

Sehubungan itu, penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati berhubung kegagalan kerajaan Umno-BN bagi menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dibuat 14 tahun lalu.

Penduduk berkenaan yang sebahagian besar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.

Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka merungut kerana kini berdepan pula dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran sekian lama.

ADS