Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Khabar angin bertiup kencang sejak malam semalam bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan didakwa hari ini ekoran tindakannya menayangkan satu rakaman video seks kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan pada Mac lalu.

Bagaimanapun, Eskay (foto) ketika dihubungi menafikan bahawa beliau akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

eskay abdullah in kepong police station sex video Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Eskay berkata beliau tidak dimaklumkan oleh sesiapa berhubung pendakwaan berkenaan, malah beliau juga dalam perjalanan ke Bangkok untuk kunjungan sehari.

Ditanya sama ada jaminan polisnya berakhir hari ini, Eskay juga berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga enggan melayan isu berkenaan.

"Ini mungkin khabar angin dari Bukit Aman," katanya, merujuk kepada ibu pejabat pasukan polis itu.

Ketua pendakwa di pejabat peguam negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga berkata beliau tidak tahu berhubung pendakwaan yang dikatakan akan dijalankan hari ini ke atas Eskay.

Sementara itu, kertas siasatan bagi kes sex video itu difahamkan telah diserahkan semula kepada pejabat peguam negara.

Kertas siasatan itu diserahkan kepada pejabat peguam negara sebanyak tiga kali tetapi telah diserahkan semual kepada polis bagi siasatan lanjut.

[Baca laporan penuh]

ADS