Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setelah berkhidmat selama tiga penggal, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dijangka terkeluar daripada kepimpinan tertinggi parti itu akibat asakan tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim juga diramal melangkah ke kerusi nombor dua PAS dengan sokongan ulama yang kini beralih arah kepadanya, sekali gus mengetepikan pemimpin popular akar umbi Mohamad Sabu.

azlan Hasrat golongan ulama mahu mengangkat Tuan Ibrahim ( kiri, tengah ) sebagai 'ayam tambatan' baru bagi menggantikan Nasharudin tidak dapat dibendung lagi apabila Tuan Ibrahim -- yang mulanya enggan bertanding -- dipujuk berulang kali.

Menurut pemerhati politik PAS Mohd Sayuti Omar, penyertaan Tuan Ibrahim -- kini naib presiden -- dilihat seakan-akan "firman" yang mampu memenangkannya.

"Penyertaan Tuan Ibrahim ini seperti 'firman', tidak kiralah daripada atas atau bawah (akar umbi)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

"Bagaimanapun kelemahannya, (apabila) perwakilan melihatnya sebagai oportunis kerana mengumumkan kesediaan di saat-saat akhir. Oleh kerana dapat pencalonan banyak, beliau pun masuk."

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Hadi Awang Mohd Sayuti yang juga ketua pengarang Siasah -- akhbar yang banyak melaporkan kegiatan PAS --  bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas dari mana datangnya "firman" itu.

Sementara menurut sumber yang dekat dengan golongan ulama, usaha mengetengahkan Tuan Ibrahim dijalankan oleh beberapa "pemikir" di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( atas, kiri ) yang kebanyakannya terdiri daripada beberapa "ilmuan" dan ahli akademik.

Pujuk, ziarah rumah

Menurutnya, bagi menjayakan agenda ini, beberapa pemimpin penting PAS, antaranya Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib diutuskan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding.

NONE "Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan ( kiri )," jelasnya.

' Geng Terengganu ' -- istilah yang muncul menjelang pemilihan dua tahun lalu -- merujuk kepada penguasaan 'strategik' terhadap tindakan politik Abdul Hadi.

Selain Harun dan Nasrudin, turut dikaitkan dengan kelompok ini ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Abu Bakar Chik. Malah, pejabat presiden sendiri dikatakan dikuasai kelompok ini.

Menurut sumber lagi, golongan ulama dalam PAS terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Nasharudin untuk meneruskan agenda kumpulan itu.

"Imejnya sudah terjejas," katanya merujuk kepada prestasi anggota parlimen Bachok itu yang menjadi sudah menjadi cakap-cakap kurang senang di kalangan pemimpin PAS.

Kemasukan Tuan Ibrahim sebelum ini dilihat berikutan kebimbangan golongan ulama terhadap asakan kuat Mohamad yang mencabar kali kedua dan menjadi calon paling awal mengumumkan hasratnya.

NONE Ia juga dikatakan mengambil perkiraan jumlah pencalonan Tuan Ibrahim yang memberangsangkan. Menurut sumber, pesuruhajaya PAS Pahang itu mendapat 39 pencalonan di belakang Mohamad ( kanan, tengah ) (47) dan Nasharudin (43).

Bagaimanapun, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 15 kawasan yang menyokong Tuan Ibrahim gagal menghantar pencalonan pada masa yang ditetapkan.

Sementara itu, penganalisis politik rata-rata melihat pertembungan tiga penjuru untuk merebut kerusi nombor dua itu bakal berlangsung sengit dan tiada kemenangan mudah dapat disaksikan.

Tapi dia ' nobody '

Ramai daripada mereka sepakat bahawa pertembungan sebenar masih antara Tuan Ibrahim dan Mohamad. Nasharudin pula dilihat agak terkebelakang dan masih bergelut mempertahankan sokongan sedia ada, di samping memenangi hati golongan profesional PAS.

pas muktamar 070609 nasharudin mat isa Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff mengakui bahawa kali ini Nasharudin ( kiri ) masih menghadapi protes besar terhadap kepimpinannya.

"Cuma persoalannnya, ke mana undi itu akan pergi? Sama ada pada Mat Sabu atau Tuan Ibrahim. Tetapi saya dok jangka, kemungkinan besar Tuan Ibrahim akan memang. Kemungkinan ada kompromi dengan Mat Sabu (di saat akhir)," katanya.

Bagaimanapun, menurut Dr Kamaruzaman, cabaran bagi kumpulan ulama adalah apabila berlakunya perpecahan undi di antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan populariti Mohamad -- sebagai pemidato terkenal -- yang didakwa kukuh menguasai beberapa negeri seperti Sabah, Johor, sebahagian Selangor dan Kelantan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan pula berpendapat sebaliknya.

Baginya, walaupun Mohamad masih memikul beban pemikirannya yang berbeza, pendekatan kempennya setakat ini "bagus" dan tidak berlebih-lebihan.

NONE "Ia berjalan dengan betul," katanya sambil memberitahu dalam PAS, berkempen secara berlebihan boleh mengundang kekalahan.

Walaupun Tuan Ibrahim dianggap pencabar utama, bekas 'selebriti agama' itu dilihat " nobody " (bukan sesiapa) dalam sepak terajang poitik tanah air dan hanya berpengaruh dalam lingkarannya sendiri sahaja, dakwa Wan Saiful.

ADS