Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Disungkurkan': Utusan saran Nasha sertai Umno
Diterbitkan:  Jun 9, 2011 5:45 PM
Dikemaskini: Jun 10, 2011 1:06 AM

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS  minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

NONE Menulis di ruangan ‘Cuit’ di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia , Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

“Slogan ‘langkah mayat saya dulu’ begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

NONE “Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa ‘melangkah mayat’ Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

young ulama join umno 250610 02 “ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

“Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.

ADS