Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

NONE Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur.

Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Katanya selepas tangkapan itu beliau telah dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum lewat malam untuk direman sehari dan terpaksa bermalam di Balai Polis KLIA atas dakwaan menghasut.

   

Zunar mempertikaikan asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain.

[Baca berita penuh]

ADS