Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mahukan 'gencatan senjata' bagi menamatkan perang mulut dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu nelayan mogok.

NONE "Ini bukan isu antara saya dan Chua. Ini adalah isu yang berkaitan

dengan mogok nelayan. Ia tidak ada kaitan dengan saya dan Chua, " kata Ismail (kanan) ketika menjawab soalan mengenai serangan terbaru Chua terhadapnya.

Perang mulut antara Chua dan Ismail tercetus berhubung isu kerajaan memotong 'subsidi super' bagi diesel untuk operator kelas-C2 nelayan laut dalam.

Sejak potongan subsidi tersebut berkuatkuasa pada tarikh 1 Jun, MCA menerima aduan daripada operator terbabit yang mahu kerajaan mengembalikan harganya kepada RM1.25 seliter.

NONE Ismail  telah mengecam Chua ( dua dari kiri ) kerana bercanggah dengan keputusan kerajaan meskipun beliau menganggotai Majlis Ekonomi Nasional (NEC) yang meluluskan potongan subsidi terbabit.

Semalam Chua  membalas keceman tersebut dengan mendakwa Ismail "mungkin tidur" dalam mesyuarat NEC kerana beliau (Chua) tidak hadir.

Bagaimanapun, hari ini Ismail tidak mahu lagi perang mulut antara mereka berlarutan.

ADS