KWSP diminta jelaskan pinjaman RM6 bilion Felda

   

Pihak lembaga pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menjelaskan kedudukan pinjaman RM6 bilion yang didakwa diberikan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

GMJ gerakan mansuhkan judi masjid negara rally mohd azmi abdul hamid “Jika ini benar, semua penyimpan KWSP berhak untuk tahu sejauh mana pinjaman ini dijamin dapat dilunaskan oleh Felda, dalam tempoh selama mana dan apakah tujuan pinjaman itu dilakukan oleh pihak Felda?” soal Presiden Teras Keupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, adalah aneh ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mempertahankan bahawa FELDA meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun lalu, tetapi KWSP pula meluluskan pinjaman RM6 bilion seperti yang didakwa.

“Jika benar ada justifikasi, apakah syarat pinjaman sebesar itu telah diteliti agar KWSP tidak menanggung risiko yang akan mengakibatkan kerugian ditanggung oleh para penyimpan.

azlan “Pinjaman yang besar itu tidak mungkin dapat dilihat sebagai bukan bebanan kepada peneroka Felda kerana ia perlu dibayar balik walau dalam keadaan apa sekalipun. Akhirnya peneroka Felda dan penyimpan KWSP lah yang menanggung risiko,” katanya.

Mohd Azmi berkata Ahmad Maslan tidak harus berdolak-dalik dengan alasan bila menjawab secara mengelirukan di Parlimen.

“Persoalannya adalah jelas. Kenapa Felda perlu pinjam dari KWSP sebesar RM6 bilion dan kenapa pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures di luar negara rugi sebesar RM500 juta dari 2007 hingga 2010?

NONE “Jawapan yang sangat kabur dan menimbulkan banyak pertanyaan lain menyebabkan rakyat dan peneroka ada sebab untuk sangsi kepada pengurusan Felda. Tahun lalu sahaja , Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009,” katanya lagi.

Menurut Mohd Azmi, berdasarkan perkembangan beberapa kes di mahkamah yang menunjukkan peneroka menang dalam saman mereka ke atas Felda, bermakna ada pengurusan yang tidak kena di Felda sendiri.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda