Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li: Beza pemimpin kemerdekaan dengan penggantinya

Tengku Razaleigh Hamzah - meneruskan perbahasannya mengenai keadaan negara dan bagaimana ia menjadi seperti sekarang - berkata perbezaan besar antara pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan dan pengganti mereka ialah 'tanggungjawab generasi' yang dipikul pemimpin sebelumnya.

tunku abdul rahman 290809 Dalam ucapannya di New Club di Taiping malam tadi, ahli parlimen Gua

Musang itu - yang sejak dua tahun lalu melibatkan diri dalam perbahasan mengenai keadaan tatanegara Malaysia - berkata perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman "melambangkan konsep dan pemikulan tanggungjawab generasi dalam wawasannya."

"Tunku Abdul Rahman dan generasinya adalah pemimpin yang berdedikasi, bukan untuk kuasa tetapi rasa tanggungjawab untuk masakini dan masa depan," tegas Razaleigh.

Menurutnya, mereka tidak menyertai politik kerana wang atau untuk diri sendiri.

Malah, tambahnya, walaupun selepas memegang kuasa, mereka tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk manfaat diri atau keluarga mereka, tidak pula membina kroni setia yang akan bertindak sebagai pembiaya mereka atau memegang kekayaan secara haram yang diperolehi dari keringat rakyat.

tengku razaleigh speech 110310 01 Razaleigh berkata Tunku mengisytiharkan pada kemerdekaan pada 1957 bahawa "Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dengan sistem

kehakiman yang bebas" dan beliau mempunyai "wawasan sebuah negara yang bahagia walaupun terdapat halangan hebat ekonomi yang kita perlu selesaikan."

Selepas mencapai kemerdekaan, tegasnya, terdapat usaha untuk mencari bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang bahagia, memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat Malaysia yang berterusan untuk generasi akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS