Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Status tender hospital Shah Alam dalam masa terdekat

Status tender terbuka projek Hospital Shah Alam sudah diangkat kepada Kementerian Kewangan dan dijangka diputuskan dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

"Saya telah lakukan prosesnya dan sudah angkat pada Kementerian Kewangan. Kemudian Kementerian Kewangan minta (buat) value management (pengurusan nilai).

shaziman 230611 "Kita bagi pandangan kitalah. Insya-Allah Kementerian Kewangan akan buat keputusan dalam masa terdekat," katanya ketika diminta menjelaskan status terkini tender semula projek Hospital Shah Alam.

Pada 11 Ogos tahun lalu, pembinaan hospital yang dibelenggui pelbagai masalah tertangguh berikutan khidmat subkontraktornya GM Healthcare Sdn Bhd (GMH) ditamatkan.

Setakat penamatan itu, kurang daripada 30 peratus daripada kerja-kerja pembinaan disiapkan.

Mengikut rancangannya, projek bernilai RM482 itu sepatutnya siap pada bulan ini.

'Saya tak tengok terperinci'

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor dekat Rawang hari ini, Shaziman bagaimanapun tidak dapat menjelaskan dakwaan bahawa dua subkontraktor asal berada dalam senarai tender semula projek itu.

"Saya tak tengok secara terperinci siapa kontraktor itu. Saya tak ada. Terima kasih.

"Itu bukan (soalan tentang) lebuh raya. Saya kata tadi (boleh tanya) tentang lebuh raya saja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Didesak lagi, Shaziman kali ini cuma menjawab: "Saya dah jawab tadi".

ADS