Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gesaan tarik balik pingat Ambiga
Diterbitkan:  Jun 23, 2011 6:27 PM
Dikemaskini: Jun 24, 2011 12:47 AM

Pergerakan Pemuda Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) hari ini menghantar memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya mempertimbang untuk menarik balik gelaran kepada Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia.

    

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Shamsul Baharin Hasan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.  

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor turut memohon agar Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang dikurniakan oleh Sultan Perak kepada Ambiga ditarik balik.

    

Ketua Pemuda Kimma, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata permohonan itu dibuat kerana tindakan Ambiga yang cuba "bertindak di luar batasan undang-undang" untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mendakwa Ambiga cuba mengheret rakyat terutama golongan belia untuk menyertai perhimpunan itu.

    

Amir Hamzah berkata tindakan menganjurkan perhimpunan itu boleh menyebabkan rakyat menghadapi risiko keselamatan.

- Bernama

ADS