Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mewajibkan ahlinya menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

NONE "Saya rasa dia (Hadi) ikut bersih sahaja, dia bukan berapa bersih betul. Kalau hati dia bersih betul, saya fikir dia takkan buat benda-benda macam ini.

"Orang ikut BERSIH memang hati tak bersih," katanya diikuti gelak ketawa hadirin yang hadir.

Beliau yang juga Yang dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah kompleks Perkim negeri Selangor di Seksyen 8, Shah Alam, pagi tadi.

Ditanya berhubung perhimpunan BERSIH yang dikatakan seolah-olah menggalakkan orang melayu bertempur, Dr Mahathir berkata, sekarang ini pun "mereka sudah bertempur".

NONE Menurutnya lagi, ini berlaku apabila ada pihak yang menuduh pihak lain tidak Islam atau separuh Islam.

"Semua ini menyebabkan kita bertempur, ini adalah soal politik bukan soal agama," katanya.

Ditanya wajar pucuk pimpinan BN melucutkan jawatan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang turut mengarahkan anggota pergerakan itu berhimpun pada hari yang sama,  Dr Mahathir menyerahkannya kepada kebijaksanaan mereka.

"Itu terpulang kepada mereka, saya tiada hak," katanya.

ADS