Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelab Taat Suami kembang sayap
Diterbitkan:  Jun 25, 2011 12:12 PM
Dikemaskini: 3:27 PM

Kelab Taat Suami yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu kini melebarkan sayapnya ke pelbagai negara lain, termasuklah Jordan, Thailand dan Singapura.

NONE Kelab yang ditubuhkan Global Ikhwan - syarikat bekas pengikut al-Arqam - itu sedang meraih populariti, terutamanya di negara dengan kepadatan umat Islam yang tinggi, lapor Reuters .

Bagi seorang rakyat Indonesia Gina Puspita, beliau sanggup meninggakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan pesawat untuk memenuhi misi menyampaikan ajaran Islam dan membantu wanita muda membina perkahwinan yang bahagia melalui amalam seks yang baik.

Ibu berpendidikan Perancis itu menganjurkan program keagamaan melalui kelab itu, berdasarkan kepercayaannya bahawa memenuhi tuntuhan seks merupakan penawar kepada masalah sosial "gaya Barat" seperti penceraian dan penderaan rumah tangga,

"Isteri mesti taat kepada suami dalam segenap aspek kehidupan, seperti menyediakan makanan dan minuman, menenangkan dan memberi sokongan kepada suami, termasuk juga dalam hubungan seks," Puspita dilaporkan sebagai berkata kepada agensi berita antarabangsa itu.

[Baca berita penuh]

ADS