Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Huazong minta batal demo 9 Julai
Diterbitkan:  Jun 28, 2011 1:33 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali sebagai Huazong meminta semua pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini membatalkan hasrat mereka.

Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah berkata pihak yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram seharusnya membatalkannya bagi menggelakkan pihak yang tidak diingini mengambil kesempatan mengganggu ketenteraman masyarakat, lapor Bernama .

NONE "Walaupun perlembangan memberikan hak kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan, kita tidak mahu perhimpunan haram seperti ini menjadi satu medan konfrontasi sehingga mungkin mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini.

"Pihak yang membuat perhimpunan haram ini perlu membuat pertimbangan untuk menggunakan cara aman yang lain untuk mengemukakan permintaan atau pendapat mereka.

"Ini seperti mengadakan perjumpaan dalam stadium berbanding perhimpunan haram atau demonstrasi di jalan raya," beliau dipetik sebagai berkata kepada agensi berita nasional di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Huazong - badan induk kepada lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan Cina - bimbang sekiranya perhimpunan yang dicadangkan oleh tiga pihak ini diteruskan pada 9 Julai ini, ia menjejaskan urusan perniagaan harian serta mungkin menimbulkan kacau bilau.

Pheng berkata sekiranya suasana kacau bilau berlaku, ia bakal menjejaskan keyakinan pelabur asing dan sektor pelancongan negara.

"Mereka ini boleh membentangkan apa juga memorandum tanpa perlu mengadakan perhimpunan haram. Ia akan membawa kesan yang sama," tambahnya.

Huazong antara pertubuhan Cina yang dilihat pro-BN.

ADS