Nurul Izzah, tiga lagi disiasat
Diterbitkan: Jun 28, 2011 5:17 PM | Dikemas kini: Jun 28, 2011 5:19 PM
Siasatan terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 bersambung hari ini apabila pihak polis menyoalsiasat lebih ramai atas dakwaan menghasut dan menyokong 'perhimpunan haram'.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan N Surendran, anggota parlimen Subang R Sivarasa dan aktivis peguam Fadiah Nadwa Fikri disiasat kira-kira sejam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Keempat-empat mereka disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis ekoran pelancaran perhimpunan itu baru-baru ini.
Fadiah disoalsiasat lebih banyak bawah akta hasutan kerana hadir menyokong pengerusi BERSIH 2.0 S Ambiga apabila membuat laporan polis di balai polis Travers selepas mendapat SMS ancaman.
[Baca berita penuh]
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.