Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan bahawa tujuh petugas di pejabat sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini telah ditahan polis.

NONE Katanya, ketujuh-tujuh mereka akan dikenakan tahanan reman tetapi beliau enggan menyatakan di bawah seksyen mana mereka akan disiasat.

"Polis juga merampas 314 kemeja T kuning BERSIH, 90 kemeja T jingga dan 136 kemeja T berwarna krim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu,” katanya.

Bagaimanapun jumlah kemeja T yang dirampas itu tidak sepadan dengan apa yang didakwa oleh BERSIH 2.0.

Dalam laman Facebook, mereka melaporkan polis mengambil 366 kemeja T BERSIH berwarna kuning,  91 kemeja T BERSIH berwarna jingga, 136 kemeja T BERSIH putih, 473 lilit kepala, lima kain rentang, lapan sepanduk dan satu video kamera.

Serbuan di seluruh negara

Selain itu, turut dirampas dari pejabat itu adalah lima komputer riba, satu CPU, kenyataan akhbar akhbar dan risalah tuntutan mereka.

Semua mereka dikatakan berada di IPD Petaling Jaya dengan ditemani peguam Honey Tan.

NONE Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Polis Selangor mengesahkan serbuan di pejabat berkenaan kerana kaitannya dengan perhimpunan pada 9 Julai.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 11 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Katanya, polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan.

Sementara itu, Berita Harian Online memetik Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan pihaknya menahan 14 orang termasuk ADUN Jalong, Leong Mee Meng dan ADUN Teja, Chang Lih Kang kerana memakai baju kuning dan membuat persiapan untuk mengagihkan baju T dengan tulisan BERSIH 2011 kepada orang ramai di pasar tani pekan Sungai Siput.

NONE Katanya, polis turut merampas tiga baju T dan sehelai kain rentang yang merujuk kepada BERSIH.

Beliau mengesahkan tiada sebarang kekerasan berlaku ketika tangkapan.

Semua mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 27(5) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. 

ADS