Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen Batu, kata speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Katanya, kelayakan Chua hanya lucut jika beliau didenda melebihi RM2,001.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07 "Keputusan tersebut diambil berdasarkan Doktrin Pengasingan Kuasa, maka dewan yang mulia ini perlu berpegang dan berpandukan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

"Doktrin tersebut jelas menyatakan dan membezakan peranan tiga cabang demokrasi, pertama eksekutif sebagai kerajaan, kedua perundangan sebagai penggubal undang-undang dan ketiga ialah kehakiman sebagai pihak yang mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman," katanya sebelum menyambung semula membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.

Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.

NONE Menurut Ibrahim, Chua ( kanan ) sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Pandikar Amin berkata berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang diterimanya, denda sebanyak RM2,000 itu tidak menjadikan perayu (Tian Chua) hilang kelayakannya secara automatik, sebaliknya seseorang ahli parlimen itu hanya akan hilang kelayakannya sekiranya denda adalah RM2,001 ke atas.

"Hukuman denda itu tidak akan memberikan suatu implikasi kepada suatu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS