Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini - sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning - sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

NONE Kebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning - warna 'rasmi' BERSIH 2.0 - manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kanan) memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.

[Baca berita penuh]

ADS