Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berbaju BERSIH: 23 ahli majlis diarah ke balai polis

Gara-gara memakai baju BERSIH di mesyuarat bulanannya semalam, seramai 23 orang ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dipanggil polis untuk merakam kenyataan mereka.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini.

NONE Selebihnya mempunyai tugas lain dan akan datang secara berperingkat-peringkat selepas ini.

Bagaimanapun, menurut seorang daripada mereka, Chandra Mohan ST, mereka masih tidak pasti akan disiasat mengikut akta mana.

MPKj mempunyai 24 anggota. Daripada jumlah itu hanya 20 orang hadir dalam mesyuarat semalam.

Ketujuh-tujuh mereka, Chandra, Ng Tien Chee, Steven Chan Jeong Hon, Tan Boon Wah, Lee Kee Hiong, Chang Siaw Hong dan Datuk Noorhisham Ishak.

Mereka diiringi peguam Lim Lip Eng yang juga anggota parlimen Segambut.

Ambil gambar

Malaysiakini difahamkan, dalam mesyuarat semalam di pejabat MPKj di bandar Kajang, lima anggota polis turut hadir dan mengambil gambar semua anggota majlis itu.

Selepas selesai memberikan keterangan kira-kira 30 minit kemudian, Chandra memberitahu pemberita mereka diarah memberikan keterangan mengikut Seskyen 112 Kanun Acara Jenayah sebagai saksi.

Katanya, selain maklumat diri, kehadiran mereka semalam dan bidang tugas sebagai ahli majlis, turut ditanya pendirian mereka tentang tuntutan BERSIH.

NONE "Saya jawab saya sokong pendirian BERSIH. Sebab itu kami pakai baju kuning," katanya.

Bagaimanapun, menurut Chandra lagi, mereka tidak ditanya sama ada menyokong perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Bagaimanapun, soalan yang tidak relevan kami tidak jawab," katanya merujuk soalan seperti nama anggota keluarga yang lain.

Bagi Norhisham pula, soalan yang ditanyakan kepada mereka terlalu mudah dan tidak memerlukan mereka hadir merakamkan kenyataan hari ini.

"Lebih baik mereka hantar soalan dan kami jawab dengan e-mel sahaja," katanya.

Semua mereka bagaimanapun tidak pasti sama ada akan dipanggil lagi membantu siasatan polis.

ADS