Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria berkata, peranan dan keberkesanan peguam syarie memerlukan tranformasi menyeluruh ekoran prospeknya yang sangat terbatas ketika ini.

"Ini lebih ketara apabila mereka hanya dibenarkan beramal di negeri-negeri yang menerimanya sahaja," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam konvensyen peguam syarie kedua di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ariffin, tranformasi itu amat diperlukan ketika kepesatan ekonomi global terutamanya dalam bidang kewangan Islam.

"Kita perlukan pengamal undang-undang yang berkemahiran dalam bidang kewangan Islam," katanya sambil menegaskan perlunya perancangan. Untuk menampung kekurangan itu.

Beliau juga berkata, enakmen yang seragam di negeri-negeri juga dapat meningkatkan profesionalisme peguam syarie.

"Terdapat juga perkembangan positif apabila peguam syarie juga melebarkan peranan dengan turut beramal dalam kedua-dua bidang syariah dan sivil," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan peserta berhubung kerjasama mahkamah dan peguam dalam kedua-dua bidang, Ariffin berkata beliau sendiri terkejut apabila mendapati perkara itu tidak berlaku.

NONE Sedangkan, tambahnya, peguam dan badan sivil negara ini banyak terlibat dalam pelbagai konvensyen dan persidangan di peringkat ASEAN dan Komenwealth.

"Jadi saya terkejut tiada hubungan di negara sendiri," katanya.

Katanya, hubungan antara peguam syarie dan sivil amat baik supaya masing-masing dapat bertukar-tukar fikiran.

"Saya sendiri, walaupun sudah 30 tahun menjadi hakim, saya masih belajar," katanya.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam konvensyen itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan majlis itu petang ini.

ADS