Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan tak akan menang langsung jika SPR tak telus
Diterbitkan:  Jul 1, 2011 2:36 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Pakatan Rakyat tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia, kata abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 08 Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh BN sahaja jika SPR bertindak sedemikian.

"Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas... tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus," katanya dalam temuramah dengan TV3 dan Bernama di Bangkok.

Beliau berada di Bangkok sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak.

- Bernama

ADS