Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan memperhebatkan kempen bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini dengan menyebarkan larangan itu bukan sahaja di masjid dan universiti tetapi juga di beberapa lebuhraya.

NONE Tinjauan Malaysiakini hari ini mendapati amaran berkenaan bukan sahaja dipaparkan di kain rentang tetapi juga dipamerkan di papan tanda elektronik sepanjang lebuhraya DUKE.

Notis yang sama juga dikesan sejak dua hari lalu di lebuhraya Sprint berhampiran Mont Kiara.

Selain itu, sekolah-sekolah seluruh negara, khususnya sekitar Lembah Klang juga difahamkan telah mengingatkan pelajar dan guru-guru supaya menjauhkan diri mereka daripada perhimpunan itu.

Jumaat lalu, masjid-masjid juga mengeluarkan khutbah mengingatkan umat Islam bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah haram.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS