Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Semua permit ditolak atas faktor keselamatan

Polis hari ini secara rasmi menolak permohonan BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Negara esok atas sebab keselamatan dan perhimpunan itu akan menggaggu ketenteraman awam.

NONE Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman juga mendedahkan BERSIH 2.0 sudah memohon permit melalui Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor atau Empower bagi pihak gabungan itu pagi ini.

"Pemohon berkata mahu diadakan di Stadium Merdeka, mahu bawa 100,000 (orang). (Tapi kita tolak kerana) berdasarkan atas keselamatan, megugat ketenteraman awam and keselamatan, (kesesakan) trafik. Tak rutin,” kata Zulkarnain.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) sebelum ini berkata mereka tidak akan memohon permit polis kerana Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

Namun ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah menafikan bahawa gabungan itu telah memohon untuk mendapatkan permit.

Permohonan katanya, hanya dikemukakan di balai polis Pudu petang tadi.

NONE Namun, kata Zulkarnain BERSIH 2.0 masih boleh merayu kepada pemangku ketua polis Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam mulai hari ini.

Beliau juga menafikan telah menerima rayuan daripada Pemuda Umno untuk mendapatkan permit bagi berarak ke Stadium Merdeka yang dinamakan PATRIOT, esok.

“Pemuda ada mohon, ditolak atas sebab yang sama. Pemuda tak sebut stadium. Nak himpun aje. Tak diluluskan... Saya buat pertimbagan, dan berdasarkan itu, saya putuskan,” kata Zulkarnain.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pagi ini berkata pihaknya akan membuat rayuan berhubung permit mereka yang ditolak bagi berhimpun esok.

[Baca berita penuh]

 

ADS