Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga dan Hadi dibebaskan petang ini
Diterbitkan:  Jul 9, 2011 7:24 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONE Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

“Apa yang boleh saya katakan ialah syabas rakyat Malaysia, kita tidak berjaya ditakutkan.

“Ini bukan sahaja lagi mengenai pembaharuan pilihan raya. Apa yang kami capai hari ini adalah kehendak rakyat yang mahukan proses pilihan raya yang lebih canggih. Ini telah membuka mata rakyat, dan ini telah kita capai,” kata Ambiga.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

NONE Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.

[ Baca berita penuh]

ADS