Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jual barang BERSIH, polis akan ambil tindakan
Diterbitkan:  Jul 14, 2011 4:16 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Polis akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo berkaitan perhimpunan haram Sabtu lepas kerana ia menyalahi undang-undang.

    

Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-t atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

     

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit sekiranya ada laporan yang dibuat.

    

"Sesiapapun tidak akan terlepas daripada tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Shah Alam hari ini.

    

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penjualan tali leher mempunyai logo perhimpunan haram itu sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

- Bernama

ADS