Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian siasat insiden di hospital Tung Sin
Diterbitkan:  Jul 14, 2011 11:00 PM
Dikemaskini: Jul 15, 2011 5:22 AM

Sebuah jawatankuasa peringkat tinggi ditubuhkan bagi menyiasat insiden di Hospital Tung Shin pada 9 Julai.

   

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan hari ini menyebut jawatankuasa itu akan dipimpin Ketua Setiausaha kementerian berkenaan iaitu Datuk Kamarul Zaman Md Isa.

   

Liow berkata beliau yakin jawatankuasa itu akan menjalankan siasatan terperinci dan telus memandangkan keselamatan pesakit serta hospital adalah penting.

   

"Ini akan menjelaskan percanggahan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak sejak beberapa hari lepas," katanya.

   

Isnin lepas, Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan Liow bahawa insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan hospital berkenaan ketika perhimpunan haram baru-baru ini tidak berlaku, namun ramai saksi yang melihat perkara itu mendakwa sebaliknya.

   

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan berkenaan. Mereka yang tidak ingin dikenali juga boleh berbuat demikian," katanya.

- Bernama

ADS