Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib agih Jalur Gemilang Rabu depan
Diterbitkan:  Jul 20, 2011 1:20 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara bulan depan.

merdeka malaysia flags 250804 Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata pengagihan bendera kebangsaan itu akan dilakukan di Stesen ERL di Kuala Lumpur dan di Stesen KL Sentral selepas mesyuarat kabinet Rabu depan.

"Perdana Menteri dan jemaah menteri akan akan menaiki ERL dari sini ke KL Sentral," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengiringi Muhyiddin melihat contoh baju batik yang akan dipakai oleh para menteri pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan di stesen KL Sentral pada Rabu depan.

Rekaan baju batik itu merangkumi gabungan motif pelbagai kaum di Malaysia bagi menepati gagasan 1Malaysia.

Semua rekaan baju batik itu telah ditunjukkan kepada Muhyiddin sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.  

- Bernama

ADS